Selepas berita menyedihkan apa yang terjadi pada adik Siti Azizah hari ini, Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak sempat meluah kesedihan apa yang berlaku di laman facebooknya. Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab menggantikan bapanya untuk mencari kewangan lebih telah disekat oleh individu yang tak berhati perut.
Terdahulu Dato Seri Najib Razak sempat membuat posting mengatakan pegawainya sudah menghantar kerusi roda untuk adik Siti Nur Azizah.
Beberapa hari lalu, pegawai saya telah menghantar kerusi roda untuk digunakan oleh Siti Nur Azizah 17, yang tangannya terpaksa dipotong selepas disamun baru-baru ini.
Kerusi roda ini diharap dapat membantu pergerakan Siti Nur Azizah selepas melalui pembedahan baru-baru ini.
Siti Nur Azizah, seorang anak yang sangat baik. Dia keluar mencari rezeki untuk bantu keluarga selepas kehilangan bapa yang meninggal dunia. Tetapi disamun oleh penjenayah durjana.
Tempohari, saya salurkan bantuan wang tunai kepada ibunya, Roslinawati Ya untuk mengurangkan beban hidup mereka selain bantuan guaman jika keluarga ini memerlukan.
Sebelum Siti Nur Azizah pulang dari hospital, kami turut hantarkan team sanitasi untuk mengurangkan risiko jangkitan selain menghulurkan beberapa keperluan lain.
Biarpun dalam keadaan terlantar, Siti Nur Azizah tak putus melempar senyuman dan bersungguh mahu cepat sembuh untuk kembali bekerja membantu ibu membesarkan empat orang adik beradik. Saya kagum dengan semangat juangnya dan iltizam untuk berbakti kepada ibu.
Saya doakan Siti Nur Azizah terus cekal dan dikurniakan sebaik-baik kesembuhan. Nanti, bila dah sembuh, saya berharap dapat berjumpa mereka sekeluarga.
Saya mohon anda semua doakan kesembuhan Siti Nur Azizah dan moga Allah SWT limpahkan rezeki kepada mereka sekeluarga.
0 Comments